Piala dunia telah pun melabuh tirai lebih seminggu. Dalam penglihatan sepanjang kejohanan tersebut, sudah menjadi trend bagi remaja-remaja kini untuk memakai jersi-jersi pasukan pilihan mereka. Mungkin dengan pemakaian jersi-jersi tersebut, mereka akan dikatakan sebagai penyokong paling menonjol. Namun, terlalu ramai di antara kita masih tidak sedar akan jersi pasukan bola sepak yang mengandungi lambang-lambang yang tidak sepatutnya. Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Ini turut diakui oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot pada baru-baru ini. Beliau berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau turut berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. Pandangan beliau turut disokong oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir [1].
Dengan kembali bermulanya liga-liga eropah dalam sedikit masa lagi, diharap sekarang kita lebih berprihatin dalam soal ini. Janganlah terlampau bersifat taksub dalam menyokong pasukan kegemaran sehingga mengabaikan hukum halal haramnya. Saling mengingatlah antara rakan-rakan. Mudah-mudahan kita tidak terjatuh ke dalam syirik, suatu dosa yang tidak diampunkan Allah.
0 comments:
Post a Comment