"imanismutiara" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "imanismutiara" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih.

Thursday, December 23, 2010

Mencontohi solat Rasulullah

Bilakah kali terakhir anda mempelajari cara bersolat dengan betul? Saya pasti kebanyakan kita akan menjawab semasa tadika atau sekolah rendah. Ketika itu, mungkin kita hanya mengikut bulat-bulat apa sahaja yang diajar oleh ustaz ustazah tanpa melihat dalil-dalil secara terperinci. Dan sesudah berapa lama kita meninggalkan zaman itu, maka mungkin solat kita mulai tersasar daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya kita menyemak semula solat kita dan mulai mempelajari solat berdasarkan dalil-dalil itu sendiri secara terperinci. Marilah kita memastikan solat kita benar-benar menyamai baginda sebagaimana sabdanya: "Solatlah kemu sebagaimana kamu melihat aku solat"


1. Menghadap Sutrah (Pembatas)
Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan solat, hendaklah ia letakkan sesuatu dihadapannya. Jika ia tidak menemukan sesuatu hendaklah ia menancapkan tongkat. Jika ia tidak membaca tongkat hendaklah ia menarik garis kemudian apapun yang lewat dihadapannya tidak akan merosakkan solatnya". (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Ibnul Madini)

2. Merapatkan saf
Dari Nu'man bin Basyir, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:"Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah)." (HR Muslim)


3. Angkat takbir setentang dengan bahu atau telinga

Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Malik bin Al-Huwairits bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)

4. Sedekap di dada

Dari Sahal bin Sa'ad As-Sa'idi, ia berkata: "Kaum muslimin diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri mereka dalam solat"

Dari Waails, berkata: "Aku melihat Rasulullah sallallahua'laihiwassalam apabila berdiri dalam solat meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri beliau" (Hr Abu Daud dan An-Nasa'i)

Dari Waail bin Hujr, ia berkata: "Aku mengerjakan solat bersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada" (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)

5. Rukuk dengan sempurna

a. Meratakan tulang belakang ketika rukuk
Dari Wabishah, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. Apabila rukuk, beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah". (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)

b. Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan

Dari Abu Humeid, ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah SAW: "Apabila beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau". (HR Abu Daud)


6.Sujud dengan sempurna

a. Posisi sujud dengan tujuh anggota iaitu dahi (termasuk hidungdua tapak tangandua lutut dan dua kaki
Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)

b. Hidung di cecahkan ke tempat sujud

Dari Abdullah bin Abbas, dia berkata: "Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota, yakni dahi (sambil mengisyaratkan dengan tangan ke hidung beliau), dua tangan, dua lutut dan hujung jari telapak kaki" (Muttafaqun 'alaih)


c. Telapak tangan di ratakan ke lantai dengan membentangkan kedua telapak tanganya, tidak menggenggam jari jemarinya dan tidak pula merenggangkannya.

At tirmidzi berkata: 'Cara seperti inilah yang dipilih oleh para ahli ilmu" - Kitab Al-Mumti', Nailul Authar dan lain2 (sila rujuk buku Sifatus Solah bil dalil wa ta'lil oleh Syaikh Muhammad bin Salih bin Sulaiman Al-Khazim)

d. Siku dinaikkan

"Baginda mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkan dari rusuknya sampai warna putih kedua ketiak baginda terlihat orang di belakangnya" (HR Bukhari dan Muslim)

e. Kedudukan kaki semasa sujud hendaklah dirapatkan,diteggakkan dan jari jemari di hadap ke arah kiblat
Syaikh Muhammad Bin Utsaimin berkata: "Adapun kedua telapak kaki keduanya harus dirapatkan, dasarnya adalah hadis 'Aisyah, ia berkata:"Ketika aku kehilangan Rasulullah, tanganku meraih kedua telapak kaki beliau sewaktu beliau sedang sujud" Kemudian Syaikh Muhammad Bin Utsaimin menjelaskan: "Satu tangan tentu tidak boleh meraih kedua telapak kaki kecuali bila keduanya dirapatkan." (Al-Mumti')

Di riwayatkan oleh Abu Humeid radiallahuan tentang sifat solat Nabi,: "Apabila sujud beliau idak membentangkannya dan tidak pula menggenggamnya, dan beliau menghadapkan hujung-hujung jari kaki beliau ke arah kiblat". (HR Bukhari)


7. Duduk antara dua sujud

a. Menegakkan kaki
Dari Abdullah bin Umar, ia berkata: "Termasuk sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan dan menghadapkan jari jemarinya ke arah kiblah lalu duduk di atas kaki kiri". (HR An-Nasa'i dan Abu Dawud dan disahihkan oleh Al-Albaani)

b. Meletakkan kedua tangan di atas paha dan hujung-hujung jari tepat di atas lutut.

Hendaklah ia meletakkan tangannya di atas paha dengan hujung-hujung jari tangan pada lututnya. Atau meletakkan tangan kanan di atas lutut kanannya seta tangan kiri di atas lutut kirinya, seolah-olah menggenggamnya. (Lihat Sisat Solat Nabi. Hlm. 40)

8. Duduk tasyahhud

a. Isyarat tasyahud dengan ibu jari dan jari tengah membentuk bulatanJari telunjuk di naikkan dan dibengkokkan sedikit

"Nabi SAW meletakkan telapak tangan kirinya di atas lutut kirinya dengan mengembang, tetapi baginda menggenggam semua jari tangan kanannya dengan mengacukan telunjuknya ke kiblat dan mengarahkan pandangan matanya ke telunjuknya" (HR Muslim)

Tuesday, December 21, 2010

Sedarlah Ketika Masih Diberi Waktu



Sabda rasulullah s.a.w : "Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk." (Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari & Muslim)
Pernahkah kita terfikir,apabila melihat dunia ini? Dunia yang indah,yang diciptakan oleh Allah kini tercemar dengan maksiat-maksiat yang dilakukan oleh manusia?
Pernahkah kita terfikir akan dosa-dosa yang pernah kita lakukan? Pernahkah kita berasa malu dengan Allah terhadap maksiat-maksiat yang kita lakukan sepanjang hidup kita? Kita diberi rezeki di dunia ini, tapi adakah kita mengerjakan apa yang diperintahkan oleh-Nya?
Cuba kita fikir, kalaulah kita mati sekarang, layakkah kita ke syurga? Kita patut bersyukur kerana masih lagi hidup di dunia ini dan masih dapat bertaubat dan beribadat kepada-Nya. Jadi, gunakanlah masa sebaik-baiknya, hidup di dunia hanya sementara, carilah pahala untuk akhirat nanti. Kita sekarang berada di dunia akhir zaman.
Selepas kedatangan Dajjal, dunia ini tidak lagi penuh dengan kemaksiatan. Hanya tinggal orang soleh dan benar-benar bertakwa kepada Allah sahaja. Jadi,fikir-fikirkanlah, adakah kita ini sebahagian daripada mereka?
Jika difikirkan kembali, alangkah baiknya kalau kita ini buta, pekak dan bisu. Kenapa?
Sesungguhnya orang-orang ini diberi kelebihan atau keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Orang yang buta tidak akan dapat berzina melalui mata kerana dia tidak akan nampak aurat-aurat yang didedahkan oleh orang-orang yang tidak menjaga auratnya.
Orang yang pekak  dapat mengelakkan diri daripada zina telinga dan terjaga daripada  mendengar perkara-perkara yang tidak baik.
Orang yang bisu dapat  mengelakkan diri daripada menyebarkan fitnah,mengumpat,berzina melalui perkataan dan sebagainya.
Tapi, kita seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita pada hari ini, kerana kita dapat melihat dunia ciptaan Allah s.w.t yang indah ini.
Kita masih lagi dapat mendengar zikirullah, azan yang berkumandang dan sebagainya. Kita juga masih lagi dapat bercakap untuk menyebarkan dakwah serta membaca Al-Quran.
Jadi, butakanlah mata kita daripada melihat perkara-perkara yang mendatangkan zina atau dosa, bisukanlah suara kita daripada menyebarkan fitnah dan perkara-perkara yang tidak baik dilafazkan. Sesungguhnya orang yang menyebarkan fitnah seperti meratah daging saudara sendiri.
Pekakkanlah telinga kita daripada mendengar perkara-perkara yang tiada faedahnya dan dengarlah sesuatu yang mendatankan kecintaan  kita kepada pencipta kita, Allah s.w.t.
Lakukanlah perkara-perkara yang memantapkan lagi iman kita.
Carilah "harta" iaitu pahala yang boleh dibawa ke akhirat. Jauhilah dosa dan maksiat.
Berdoalah kepada Allah s.w.t yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan setiap pekara di atas dunia ini. Bertaubatlah selagi kita masih diberi waktu oleh Allah. Carilah cinta Allah s.w.t, satu-satunya cinta abadi yang tiada penipuan, kecewaan dan kekal.

Monday, December 20, 2010

Kitab dari langit





Dokumentari ini adalah hasil daripada produksi Noreaga dan pasukannya, mengandungi 10 siri episod tentang kesamaan yang dinafikan antara dua agama yang paling besar di dunia iaitu Kristian dan Islam, dan perbezaan yang dibuat oleh kebodohan manusia. Kisah ini menyelami sifat Tuhan Yang Maha Esa, dan satu mesej besar yang sama disampaikan oleh Nabi Musa, Isa, dan Muhammad. Semuanya nabi-Nya.

Dokumentari ini harus ditonton oleh setiap orang yang mencari kebenaran mutlak tentang ilahi. Harap sangat meluangkan masa untuk menghabiskan kesemua siri-siri ini dan insyaallah dapat mengukuhkah lagi akidah kita semua. Terima kasih kepada Fr33DoMFighT3Rz atas video-video ini dan terjemaahannya.

















Saturday, December 18, 2010

dunia akhir zaman




Video yangberlansung selama 22 minit ini, terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, videoini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini. Jadi, marilah kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.

p/s: Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak benar. Anda disarankan untuk membaca artikel ini dahulu, Panduan Memahami Ilmu Teori Konspirasi.









Haram pakai jersi lambang salib




Piala dunia telah pun melabuh tirai lebih seminggu. Dalam penglihatan sepanjang kejohanan tersebut, sudah menjadi trend bagi remaja-remaja kini untuk memakai jersi-jersi pasukan pilihan mereka. Mungkin dengan pemakaian jersi-jersi tersebut, mereka akan dikatakan sebagai penyokong paling menonjol. Namun, terlalu ramai di antara kita masih tidak sedar akan jersi pasukan bola sepak yang mengandungi lambang-lambang yang tidak sepatutnya. Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Ini turut diakui oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot pada baru-baru ini. Beliau berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau turut berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. Pandangan beliau turut disokong oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir [1].
Dengan kembali bermulanya liga-liga eropah dalam sedikit masa lagi, diharap sekarang kita lebih berprihatin dalam soal ini. Janganlah terlampau bersifat taksub dalam menyokong pasukan kegemaran sehingga mengabaikan hukum halal haramnya. Saling mengingatlah antara rakan-rakan. Mudah-mudahan kita tidak terjatuh ke dalam syirik, suatu dosa yang tidak diampunkan Allah.

Friday, December 17, 2010

Orang yang terasing





Pernahkah anda berasa terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketahuilah buat mereka yang rasa terasing ini, sesungguhnya Rasulullah SAW memberi khabar berita gembira buat anda. 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing. Maka, beruntunglah mereka yang menjadi asing" (HR Muslim)




Nasib bumi palestin



Video ini merupakan kompilasi video mengenai penderitaan dan perjuangan penduduk palestin. Semoga kita dapat menghayati dan mendapat manfaat bersama.